Followers

Tuesday, March 15, 2011

Bengong Sekejap. Sekejap Je.

Assalamualaikum


Apa ye nak merepek arini?


Nak merepek pasal cerita Asmara la boleh tak? Memandangkan sebelah mata tengah tengok drama Asmara dan sebelah mata lagi tengah usha blog.. Hehe


Ada lagi ke lelaki Melayu macam Asmara ni? 


Cecite cecite sape ada boipren macam Asmara.. Usah ditunggu.. Pi terus masuk meminang.. 


Dahlah baik.. Walaupun mula2 tak cinta tapi tgk la mcm mana perasaan dia bila lepas kawin.. Tanggungjawab melebihi segalanya..


Secara tak langsung, perasaan cinta tu wujud dalam diri dia.. Cececece syok pulok diriku dok merepek.


Ok sambung..


Last season, ingat tak macam mana encik Asmara ni tergila-gilakan cik Melati. Kamu masih ingat? "Manis la awak ni".  Lalu cik Melati pun malu-malu happpttuuuiii



Encik Asmara ni tabah orgnya. Banyak sangat dugaan dalam hidup dia. Walaupun keluarga beliau berharta tapi dia pilih utk hidup susah. Oh masih adakah org macam gini? 


Walaupun puan Zalia sangat nakal dan benci encik Asmara, tapi encik Asmara sangat bertanggungjawab. Dan tentiba puan Zalia berubah jadi baik. Cececece jeles betoi. 


Dan kemudian mereka pun hidup bahagia sehinggalah puan Zalia ditimpa musibah. Ayah puan Zalia jahat. Sampai ati palsukan kematian puan Zalia.


Haa season two, encik Asmara kawen ngan gepren pertama beliau iaitu cik Melati ataupun puan Melati. Oh bahagianya bila berkawen dengan org yang dicintai. Tapi adakah cinta sejati encik Asmara milik puan Melati? Atau adakah tetap selamanya milik puan Zalia. 


Haaa apa lagi. Jom la tengok tibi.


















Hey hey hey. Tunggu... Cobe kamu fikir, ada lagi tak lelaki macam encik Asmara?


Hhooohhhooohoooii berpijak la di bumi yang nyata. Jangan taksub dengan drama dunia. Hero semuanya hebat. Ada ke hero tak hebat. Cecite sape?


Jadi, bersyukur la dengan apa yang kamu ada ok. Jangan terlalu impikan yang indah-indah kerana ternyata di dunia ini tak seperti apa yang kamu lihat di dunia maya. 








Cecececece merepek la kau Yana.. P tidoq la..





No comments: