Followers

Wednesday, March 30, 2011

Panjang atau Pendek

Panjang atau pendek?

Apahal nak cakap mcm gitu? 

Eh sukatiku lah nak merepek apa pun.

Heeeee... Sory sory sory. Ini entri adalah mengenai panjang pendeknya sesuatu entri. Kamu suka baca entri yang panjang atau pendek?

Ok meh ku jawab. Pada ku, ku tak kisah yang mana2 pun. Tp ku lebih prefer baca yang pendek. Kalau yang panjang pun ok asalkan menarik. Kalau asyik syok sendiri pun tak best jugak kan.

Kalau nak tulis entri panjang2, haruslah font besar2. Baru teraaanggg mata nak baca. Pastu haruslah berperenggan-perenggan. Kalau main goreng tulis semua benda dalam satu perenggan, wajiblah utk ku malas nak baca.

Tapi.. Harus ada tapi.. Kalau entri panjang berserta gambar, lagi best. Sbb sambil kamu bercerita, kamu dah bagi gambaran yang sangat jelas kepada pembaca2 blog kamu. Takyah la susah2 depa nak kena pecah kepala imagine lagu mana perkara yang kamu cerita tu berlaku. Ngeeeeeee

Haaaa.. Kalau entri pendek pun lagi ku suka. Ku lebih suka kalau satu perenggan ada 2 atau 3 ayat je. Pastu sambung lak kat perenggan lain. Bukan pe, sonang den nak baco ha.. Tak do la den nak bopinar-pinar mata eh nak baco entri.

Pastu eh, haruslah bercerita sambil berinteraksi dgn pembaca. Ala.. Mcm bagi Assalamualaikum ke. Apa habaq ke. Byebye ke. Sukati lah kamu nak cakap apa pun. Alaaa konon2 kamu dok tengah borak2 ngan pembaca kamu la. Nak cakap sorang pun buleh juge. Lagi best. Ngeeee

Weh, awat entri ni mcm hampeh.

Ok takmau baca sudah.

Bai.

Monday, March 28, 2011

Eksiden. Sob Sob Dan Sobri Part II

Assalamualaikum dan selamat Hari Isnin


Wah wah wah.. Dah ari Isnin yu. Dahla tak tepati janji. Pastu ada hati nak beramah mesra denganku.


Oi oi oi. Kamu ingat ku mengate kamu ke? Bebaik sikit. Ku mengata diri sendiri la. Ingt tak semalam semarin ku janji nak cite pasal ku eksiden. (weh kau ingt ade org bace blog kau ek. boleh jalan. ngee)


Kejadian tersebut berlaku ari sabtu weh. Masa tu ku dari Taman Tun. Ada projek masyuk punye. (jeles la tu). Time nak balik, malas nak nek highway sbb dekat sangat (padahal duit dah kering kontang). Jadi lalu la kat MRR2 yang panjang. 


Sesampainya kat simpang nak masuk Ampang, wahlawei awat banyak sangat keta nak masuk Ampang? Masuk la tempat lain. Keramat ke, Gombak ke, Skudai ke (eh mana mai Skudai lak)


Jadi sebab terlalu byk masa, maka ku teruskan perjalanan. Exit kat Pandan Indah je lah dah alang2 tu. Kot2 la lepas Ampang ni dah tak jem.


Oh mai goat!!!! Jem lagi best. Padan muka kau Yana. Keluar mulut harimau masuk mulut boya. Lagi teruk mak yu jem. Amat tak best. Tp redah je lah. Asalkan sampai umah dan boleh tidoq. (hobi tegar)


Time tu ku kat belakang lori. Mcm biasa sambil drive2 haruslah bergayut tepon. Pot pet pot pet itu ini tanpa arah tuju. Pastu dah malas nak cakap, bai sajalah.


Dan dan ku kata bai tu, dan dan tu jugak la ada kenderaan mai cium bontot keta ku. Kebabowwwww!!! Wadeeee!!!!!!!!!!


Ha dah gelabah disitu. Apa aku nak buat? Nak kuar keta? Nak tumbuk org yg langgar keta ku? Nak tepon polis? Nak tepon ayah? Gelabah punya pasal sampai ku turun keta kat tgh2 jalan. Buat malu je la weh. Bengong.


Tentiba aku masuk keta balik dan park kat tepi jalan. Nak buka pintu tapi pintu lak tak terbuka. Haiii nak kena maki ni. Hohohohoi. Rupa-rupanya tak buka kunci. Budus.


Bila kuar keta, perkara pertama yg wajib dilihat ialah keadaan keta. P kat blakang keta dan ku lihat... Ce teka apa yg aku buat???












Hahahahhahaah.... 


Aku menangis weh. Sob sob sob sob. Tak hengat tgh kat tmpt public. Heh peduli ape aku. Sedih oh tgk keta kena langgar. Ku ni dahlah pemandu berhemah.


Yg bestnya, mamat yg langgar keta ku td terus dtg dekat ngan aku n cakap.. "I bayar.. I bayar". Haaaaa kan nampak sangat kau salah. Ku tak ckp apa2 pun. Atau mungkinkah beliau terharu tgk ku menangis? Gilo malu den menangis tepi jalan.


Haaa dalam masa yg sama, turut memberhentikan keta kat tepi jalan ialah ntah sape2 ntah. Nak kata gengster, takde otot2 kat tangan. Oh rupanya org yg towing keta.


Potpetpotpetpotpet. Tepon boipren, nangis2 secukup rasa. "Kamu, keta kite eksiden". Tepon ayah, buat suara rileks mcm takde apa2. "Ayah, keta org eksiden". (keji nye kau haha)


Haaa.. Org yg langgar ketaku tu tetiba hulur RM500. Tp ku tolak. Pot pet pot pet pot pet lagi (bincang ngan org towing keta)


At last, settle kat balai. Ku budus oh. Taktau cemana nak wat repot. Seb baik org yg towing keta tu tolong settlekan semua. 


Org yg langgar ketaku tu? Oh lupa lak kan. Masa on the way nak p balai, dia calling ai. Dia nak settle kat luar la tu gamaknye. Nak byr semua kos repairing.


"No no no. Gua tak kenal lu. So apa2 pun kita settle balai dulu.Mana tau lu kencing gua ke ape ke." (keji tak bunyi? Mcm gengster tak) Hahaha. Tolong jangan percaya tone suara tu k. Ku cakap baik gile oh. Mcm ni. "takpe2. kite g wat report dulu k. kite same2 wat repot nanti kite tgk la mcm mana. ai pun bukan reti sangat oh." 


Choiii gile baik punye ckp. Sungguh weh tak tipu. Ku ckp ngn cina tu elok je. Padahal dia dah menodai ketaku. Oh mai goat!!


Pot pet pot pet pot pet kat balai. Settle semua, p anta keta kat bengkel. Sedih utk kali ke seratus patblas tgk keta jadi cenggitu. 


Haa.. Jangan risau ye kwn2. Ku takperlu keluar satu sen pun. Semua kos di cover atas insuran org yg langgar ketaku. Padan muka dia. Tu la len kali bwk keta jgn berangan.


Balik umah, dah terus tak leh pegi mana2. Sedih lagi. Pastu perkara yg lebih afdal dilakukan di kala cuti ini ialah tidoqqqq.


Baik mari kita tidoqq.


Weh weh. Tunggu. Ada sikit pengajaran ni.


Lenkali kalau driving and tentiba kamu kena brake, pastikan kamu tgk cermin pandang blakang. Takut nanti kamu brake, tp keta blakang kamu tak perasan.


Lenkali kalau driving, jangan tidoq atau berangan. Kalau berangan boleh di maapkan lagi. Tapi kalau tidoq tu maap la ye. Haha


Lenkali kalau driving kat jalan jem, pastikan jarak keta kamu dengan keta depan adalah lebih kurang 5 meter. Bukan pe, takut nanti dok tak dok kamu tertekan pedal minyak ke. Tak ke haru. Mcm apa yg terjadi pada diriku la.


Lastly, lenkali kalau driving, dont get drunk. Hihihihihihihihi


Ingatlah org yg tersayang. 


I lap yu.


Bai.

Saturday, March 26, 2011

Kadang-kadang ku sedih beb. Hidup kat kayhell ni sorg2. Jadi apa2 aku sorg yg tanggung. 

Nak mintak tolong dengan boipren sendiri pun susah. Susah itu, susah ini. Sedih oh. Macam gepren terbuang. (padan muka kau!)

Ku kuat ok! Tak yah nak tlg ku. Ku boleh buat sendiri. (sambil nangis2)

Susah senang ku pun sorg2 ok. Tak payah amek tau. (sambil nangis2 lagi)

Ah nangis je keje kau!

Oh.

Bai.

Eksiden. Sob Sob Dan Sobri

Hari malang woo..


Malas nak cecite lagi.


Tapi yang pasti ku nangis td.


Tepi jalan pun, tepi jalan la.. Ada ku kesah.


Malam ni cecite k.

Thursday, March 24, 2011

Hai

Assalamualaikum


Adalah berasa sangat janggal utk menulis setelah lama tak jenguk sini. Jadi macam org bengong sebentar (sebentar saja ok)


Seminggu ni asyik migrain lor.


Apasal.


P ke kawan, kawan suruh p ke dokter.


P ke dokter, dokter kata stress. (sambil offer MC.. tapi ku tolak.. keluar dari kelinik tentiba rasa amat menyesal)


Dokter, tidak adakah perkataan mahupun ayat lain selain stress bila pesakit mengadu sakit kepala?


Ooo kamu nak kata kite mengada ek. Ooo kamu taktau rasanya bila kepala amat sakit seperti hendak tercabut biji mata.


Tentiba kawan cakap mungkin sebab cermin mata kamu.


Ya betul.


P ke kedai cermin mata. Check siti situ sana sini dan sahlah. Power naik. 


Hohohoho. 


Syok oo. Nak kena kuarkan duit utk buat spek baru. Hohohoho.


Hold dulu la. 






Pengajarannya di sini, 


-banyakkan tgk pemandangan hijau. Kalau agak opis amat jauh dari pemandangan hijau, beli satu pokok dan letak tepi monitor.


-bila terlalu lama tengok kompiter, mata akan jadi sakit. Jadi, buat la sedikit senaman mata. Macam ni ---> O-o    Hahaha.. Kamu boleh ke? Bukan macam tu la.. Kamu buat la senaman pusingan mata.(taktau perkataan yg betul. hentam saja) Ala..mcm pusing ikut arah jam tu.


-urut kening. dari dalam ke luar. ulang dua tiga pat kali


-haa taktau dah.


Selamat mencuba.


Bai.

Sunday, March 20, 2011

Perlu Kamu





Sebak


Dada rasa sesak


Rindu


Tapi keliru


Marah 


Tapi tak kisah


Benci


Tak sampai hati


Diam


Takut memendam


Sabar


Walau dibiar


Cinta 


Tapi tak buta


Jodoh


Jangan sampai bodoh.


Bai.

Thursday, March 17, 2011

Percaya

Kamu percaya tak penulis blog lebih jujur dari org yang banyak bercakap?


Yes, ku sangat2 percaya. (Ini berdasarkan apa yang ku lihat dan rasa. Kalau kamu tak setuju denganku, itu terpulang pada kamu) ngeee seriusnyeee..


Kenapa?


Sebab apa yang ku lalui dan dengar tiap2 ari, ku rasa mcm org kat luar sana berlebihan dalam percakapan diorang. 


Ngeeee.


Bukan semua bahan dalam percakapan sehari-harian kita adalah benar. Makin banyak kita bercakap dan bercerita, makin tinggi peratus untuk kita mengolah cerita dan seterusnya membawa kepada pembohongan.


Tak perlu terlalu percaya. Cukup sekadar menjadi pendengar dan bertindak balas terhadap perbualan tersebut. Ala... Senang cite, layankan je.....











Ini bukan sesi mengumpat. Percayalah. Ini cuma buah fikiran ku tentang kehidupan. Kehidupan yang penuh dengan manusia yang berlainan kerenah.

Nak percaya atau tidak, itu terpulang pada kamu. Itu diri kamu. Kalau kamu taknak percaya, simpan saja dalam hati. Atau tulis saja dalam blog kamu.

Dan masa ni la blog menjadi tempat untuk luahkan perasaan. Bukan tempat utk memaki hamun mengumpat org.

Kalau kamu baca entri ku dan kamu akan tau luahan hati ku. Kalau kamu tak baca entri ku, maka jadilah blog ni sebagai sepasang telinga yang tidak bernyawa (hiperbola cikit)



Ku percaya kamu dapat bezakan mana yang jujur dan mana yang berlebihan ketika berblogging. So, terus luahkan apa yang kamu rasa. Terpulanglah pada org lain utk menilainya. 

Kalau diorang tak suka, diorang tak ada hak utk memaki hamun kamu. Sebab blog itu adalah blog kamu. Email didaftarkan atas nama kamu. 


Ha.. Sudah-sudah la tu..

Bai.

Apa Mau Buat

Assalamualaikum


Hhoihoihpirehfsfhirehireih


Mahap sudah banyak ari tidak update entry. (bajet femes ngeee)


Hari yang mem penatkan. 


Duit pun makin habes. (oh patut la berat makin naik. tak sedar la tu)


Tak larat nak tulis entry yang best2.


Hanya tau merepek.


Lepas tu tidoq dengan nyenyak


Kamu perasan tak ku suka tulus "jom tidoq"


Tu maknanya hobiku suka tidoq


Tidoq itu amat menyamankan










Haaaaa.. Merepek


Bai.

Tuesday, March 15, 2011

KiteKamuKamuKite

Assalamualaikum

Apa perasaan kamu bila kamu tak ramai kawan?

Salah kamu ataupun salah org lain yang taknak berkawan dengan kamu?

Kat mana silapnya? 

Kamu pemalu? Kamu tak cantik macam artis? Kamu tak banyak duit? Ataupun kamu tak pandai berkawan?

Haa.. Apo laie.. Pakat-pakat jawab la beramai-ramai. Hehehe jangan tembak diriku aaa



Ku bersyukur punya kawan yang ramai. Walaupun tak seramai dewan bandaraya kuala lumpur, tapi ku masih ada kawan.

Walaupun punya kawan yang berlainan kerenahnya, mereka tetap manusia biasa. Walaupun kadang2 kamu sangat geram dan menyampah dengan sikap mereka, percayalah, satu masa, kamu tetap akan cari mereka.

YA ALLAH YA RABBI, 

Kau merepek lagi ek Yana????

P tidoq la.......





Nota Kakitangan: Tiada kawan buat masa ini. Esok, confirm ada.

Bengong Sekejap. Sekejap Je.

Assalamualaikum


Apa ye nak merepek arini?


Nak merepek pasal cerita Asmara la boleh tak? Memandangkan sebelah mata tengah tengok drama Asmara dan sebelah mata lagi tengah usha blog.. Hehe


Ada lagi ke lelaki Melayu macam Asmara ni? 


Cecite cecite sape ada boipren macam Asmara.. Usah ditunggu.. Pi terus masuk meminang.. 


Dahlah baik.. Walaupun mula2 tak cinta tapi tgk la mcm mana perasaan dia bila lepas kawin.. Tanggungjawab melebihi segalanya..


Secara tak langsung, perasaan cinta tu wujud dalam diri dia.. Cececece syok pulok diriku dok merepek.


Ok sambung..


Last season, ingat tak macam mana encik Asmara ni tergila-gilakan cik Melati. Kamu masih ingat? "Manis la awak ni".  Lalu cik Melati pun malu-malu happpttuuuiii



Encik Asmara ni tabah orgnya. Banyak sangat dugaan dalam hidup dia. Walaupun keluarga beliau berharta tapi dia pilih utk hidup susah. Oh masih adakah org macam gini? 


Walaupun puan Zalia sangat nakal dan benci encik Asmara, tapi encik Asmara sangat bertanggungjawab. Dan tentiba puan Zalia berubah jadi baik. Cececece jeles betoi. 


Dan kemudian mereka pun hidup bahagia sehinggalah puan Zalia ditimpa musibah. Ayah puan Zalia jahat. Sampai ati palsukan kematian puan Zalia.


Haa season two, encik Asmara kawen ngan gepren pertama beliau iaitu cik Melati ataupun puan Melati. Oh bahagianya bila berkawen dengan org yang dicintai. Tapi adakah cinta sejati encik Asmara milik puan Melati? Atau adakah tetap selamanya milik puan Zalia. 


Haaa apa lagi. Jom la tengok tibi.


















Hey hey hey. Tunggu... Cobe kamu fikir, ada lagi tak lelaki macam encik Asmara?


Hhooohhhooohoooii berpijak la di bumi yang nyata. Jangan taksub dengan drama dunia. Hero semuanya hebat. Ada ke hero tak hebat. Cecite sape?


Jadi, bersyukur la dengan apa yang kamu ada ok. Jangan terlalu impikan yang indah-indah kerana ternyata di dunia ini tak seperti apa yang kamu lihat di dunia maya. 








Cecececece merepek la kau Yana.. P tidoq la..





Sunday, March 13, 2011

Kita Serupa

Assalamualaikum.. Selamat hari Ahad..


Oh oh dan oh.. 


Sudah hampir nak bersawang blog ku ini.. Dah agak lama tak jenguk.. Kalau bukak kedai runcit, boleh bengkrap gamaknye..


~Monolog dalam diri~


Diri ini: Haa mana mau cari blog org pemalas? 


Diri itu: Kat sini lah. Mana lagi..


Diri ini: Hey sape cakap ku pemalas?


Diri itu: Eh, ku tak cakap pun kamu pemalas. Ku cakap blog org pemalas. Haha. Haa kamu makan cili giling ek. 


Diri ini: Oh ku ingatkan kamu cakap tentangku.


Diri itu: Memang ku cakap tentang kamu pun! Sebab kamu malas nak update entry.


Diri ini: Hmm, ku bukan apa, ku taktau nak merepek apa.


Diri itu: Perlu ke kamu merepek?


Diri ini: Perlu la. Sebab ku rasa happy bila ku merepek.


Diri itu: Oh patut lah blog kamu tak dapat sambutan.


Diri ini: Eh kenapa pulak. Ku bukan nak jadi pemes. Ku cuma mahu berkongsi cerita.


Diri itu: Ape la kamu ni. Buat blog kan utk jadi kaya. Macam org yg dah otai2.


Diri ini: Oh perlu ke macam gitu. Ku tak mau la. Lambat kaya. Kena update entry tetiap ari. Traffic kena selalu jem.


Diri itu: Kamu ni takde daya saing langsung.


Diri ini: Takpelah. Jangan tamak. Ku masih baru. Niat buat entry bukan utk kaya.


Diri itu: Habis kamu tempek iklan tu utk apa?


Diri ini: Itu pun tak boleh ke?  Kamu ingt ku tau ke apa itu nuffnang bagai?


Diri itu: Kamu buat tanpa tujuan?


Diri ini: Ya lah. Tak boleh ek. Kalau tak boleh, ku buang lah nanti.


Diri itu: Ku tak suruh kamu buang. Terpulang la pada kamu. Ini kan blog kamu. Org lain takde hak nak campur urusan kamu.


Diri ini: Aik kamu ni. Tadi kamu memarahi ku. Sekarang kamu menyebelahiku. Sapa kamu ni sebenarnya?


Diri itu: Ku adalah kamu.


Diri ini: Erk, yakah ? Oh kita serupa nampaknya.




Ttteeettttt~~









Jangan marah aaaa...

Tuesday, March 8, 2011

Dalam Lirik Lagu Pun Ada Batman Kan

Assalamualaikum. 

Kom apa kombet

Bet apa betmen

Men apa mentol

Tol apa tolak

Lak apa laksa

Sa apa satu

Tu apa tunang

Nang apa nangka

Ka apa kayu

Yu apa yu cantik


~~~~~~


Haaa taktau dah
Sambung sendiri



Haaa... Lihat... Ada betmen kan..

Ngeeee

Monday, March 7, 2011

Syok Ooo.. Kamu Ada ke?

Assalamualaikum. 


Selamat malam anda semua. Apa khabar? Saya Siti Nurhaliza. Saya akan menghiburkan anda semua dengan beberapa buah lagu yang cukup merdu untuk tatapan halwa telinga anda semua. (SILA MUNTAH DARAH DAN BUNUH SEMUT BERAMAI RAMAI)


Hehehe. 


Sape penah kena gelak kaw kaw sila angkat talipon. Ya, saya. Saya juga. Saya pun kena. Sini..sini.. Saya pun penah kena gelak. Saya kat sini..sila nampak. Saya..saya pun nak juga..


Oh ramainya peminat Siti Nurhaliza. Tak sangka. Ttteeettt


Ok baeklah. Sila jawab satu persatu kamu kena gelak dalam bentuk yang macam mana?


Saya jawab dulu k. Masa saya darjah 1,saya kena gelak sebab saya takde gigi. Dua batang gigi depan saya cabut. Semua org panggil saya tokwan. Lama juga nak tumbuh gigi baru. Saya tak boleh senyum. Nanti kalau senior nampak mesti diorang reject saya. Bila tumbuh gigi baru, gigi saya macam gigi arnab. Sape ada? Kamu ada ke?


Ok saya pulak nak jawab. Saya digelakkan oleh rakan lelaki yang satu kelas sebab saya macam badut sarkas. Saya pakai kasut "sizuka" dengan stokin belang2 time saya pegi kelas. Tiap ari saya pakai kasut yang sama sebab saya tak pandai berfesyen. Tapi yg penting saya ada kasut "sizuka". Kamu ada ke?


Eh bagi la saya pulak yang jawab. Masa saya masuk unibarsiti, saya tak pandai  buat presentation. Bila presentation nak start, saya mesti gelabah sebab kena present dalam bahasa omputih. Saya hafal apa yang saya tulis. Tapi lecturer gelakkan saya sebab dia tak paham apa yang saya cakap. Tapi nasib baik design saya cantik. Kamu ada ke?


Oit bagi la saya pulak yang jawab. Saya dah keja. Saya tak pandai speaking. Bos gelakkan saya. Senior pun gelakkan saya. Tapi saya usaha. Bila saya dengar diorg cakap salah, saya pulak nak gelakkan diorang. Boleh tak saya nak gelak puas2 sebab mereka tak pandai eja 'weird' jadi 'weired'. Saya ada kamus. Kamu ada ke?


Akhir sekali, giliran saya pula. Saya digelakkan oleh pembaca2 blog sebab saya tulis merapu. Saya malu. Tapi saya syok ooo.. Kamu ada ke?


Ok sudah habis. 


Saya, saya, saya, saya, dan saya tak kesah kalau org gelakkan saya. Sebab saya tau semua org ada kisah yang sama tapi tak serupa.


Haa?? Tak paham?? Heh tak paham sudah.. P tidoq..






















Senyum cikit....

Sunday, March 6, 2011

Marah Tu Tandanya Sayang

Assalamualaikum.. Happy weekend...


"Hhhooolllooohh hhooollloohh baru nak update entry tetiba mentor dah start.. Potong betulla.." 


Ok2. Pulang ke pangkal jalan. Mood sedih (pg td je..sekarang sudah ok)


Kena marah. Teruk juga. Cemburu punya pasal. Kenapa mesti cemburu? Sebab kamu pun selalu cemburukan boipren/gepren kamu. (adil la kan)


Kena marah depan kawan2. Menangis macam budak2. Uwek uwek.


Oh cemburu punya kes. Takda hal la. Biasa la tu adat berkapel. Tambah lagi time sekarang. Dugaan nak kawen (ntah hape2 ntah gatai nak kawen)


Kawan2 tak pernah setuju. Sebab selalu kena marah. Suruh cari yang lain.


Kamu tak kenal boipren saya jadi jangan judge dia. (bukan sengaja back up tp betul2 cakap punya)


Pendapat dari sahabat lelaki; Itu ego lelaki. Dia marah sebab dia sayang ko. Aku lelaki aku tau la. Aku pun pernah buat macam tu kat awek aku dulu. Kalau aku tak sayang, aku biar je dia nak buat apa pun. Lantak p la. Ko jangan risau, aku sebagai lelaki aku tau hati lelaki.


Ego lelaki? Macam mana nak rendahkan? Terlalu tinggi tak tercapai dek tangan. 


Eh. Sape cakap ego lelaki tinggi? Tak semua. Lelaki tak simpan dendam lama2.


Malam ni pok pek pok pek marah. Pagi esok bangun tido, tepon2 pujuk2 nak belikan cekelat pastu diam la. (sape setuju sila angkat kening)


Hargai apa yang ada depan mata. Jangan terlalu memilih yang perfect, cakap nak jiwang cair jantung semua. 


Mula2 kenal, lembut gigi dari lidah. Pong pang pong pang janji itu ini. Percayalah, org macam ni amat bahaya. Ku pernah terkena.


Kalau boipren kamu tak jiwang, jangan sedih2 nak putus bagai. Ketahui la lelaki mcm gini yang lebih jujur daripada lelaki yang pakai ayat jiwang utk memikat kamu. Cecece..


Senyum cikit...................

Saturday, March 5, 2011

Gemuk Tak Gemuk La..

SERINGKALI mereka yang mengidap obesiti terpaksa berpura pura gembira dengan keadaan diri mereka. Adakalanya golongan itu cuba menunjukkan obesiti adalah jalan hidup pilihan mereka. Cepat-cepat mereka memberi alasan mengapa jadi begitu sambil di hati berazam untuk menjaga diet dan cuba kembali kurus. Namun azam dan diet sahaja tidak mencukupi sekiranya tidak diikuti dengan usaha gigih dan kaedah yang betul untuk merealisasikan impian.


Tak kurang juga yang sudah enggan melakukan sebarang usaha untuk kurus. Antara alasan yang sering kedengaran:
  • Lepas bersalin badan naik dan susah nak turun
  • Badan memang tak boleh kurus sebab keturunan
  • Tiada masa untuk bersenam.
  • Suami tidak kisah gemuk.
Kitaran menahan makan diikuti dengan patah azam dan gelojoh makan 
membawa kesan yang tidak baik kepada badan dari segi kesihatan.

Mengapa kitaran lapar dan kenyang berlaku?
Pada otak kita terdapat saraf pusat yang mengawal rasa lapar dan kenyang. Badan seseorang yang menahan lapar akan mengeluarkan hormon dan transmitter dari otak sebagai tindak balas terhadap pengurangan makan.

Dengan kata lain otak kita seolah olah menuntut kembali kesedapan yang biasa diperolehi oleh tubuh kita. Ia mahukan jumlah kalori dan gula yang tinggi untuk berasa sedap dan selesa. Ini adalah sistem tubuh yang cuba menghalang lemak daripada digunakan.

Apabila perut tidak diberi makanan yang biasa diperolehi dalam tempoh tertentu, otak akan mengeluarkan signal bahawa ia lapar. Badan akan memberontak dan mengeluarkan enzim dan hormon tertentu. Ini menyebabkan berlakunya keinginan tidak terkawal atau craving terhadap sesuatu makanan. Keinginan tersebut bukan disebabkan oleh nafsu makan tetapi merupakan signal dari otak kita yang tidak mampu dikawal oleh kita sendiri.

Badan yg memberontak dan mengeluarkan hormon dan enzim tertentu menyebabkan seseorang itu menjadi ghairah untuk makan. Ia ibarat seekor harimau ganas yang sukar untuk dikalahkan. Berperang dengan nafsu makan boleh menjadikan seseorang resah dan lemah.

Akhirnya dia mengikut kehendak nafsunya. Dia makan tanpa sedar bahawa makanan itu sudah berlebihan. Jadi pusingan berlapar yang diikuti dengan keghairahan untuk makan berterusan sehingga akhirnya menyebabkan seseorang tersepit dan tidak berdaya untuk keluar daripada belenggu obesiti.

Kurus demi kesihatan:
Umum mengetahui adalah sangat perlu untuk mengekalkan berat badan yang sepatutnya bukan saja supaya agar kelihatan cantik tetapi juga demi kesihatan.

Kesihatan merupakan sebab yang terpenting agar seseorang memperolehi berat badan yang sesuai dengan ukuran rangka badan iaitu berat badan unggul. Kebanyakan teknik yang ditawarkan oleh pusat pelangsingan memperlihatkan kejayaan sementara.

Banyak kajian telah membuktikan prinsip-prinsip bagi mengurang berat badan dan mengawal daripada berlakunya pertambahan berat badan bukan hanya dengan berdiet semata mata. Ia perlu mengikut kaedah saintifik dan bukanlah secara paksaan sehingga mendera tubuh badan anda.

Anda perlu menyayangi diri anda dan mendengar bisikan hati nurani anda. Jika anda memberi tubuh anda apa yang ia perlukan ia akan selesa dan anda akan merasa gembira melalui hari-hari berdiet dengan penuh nikmat. Saya akan mengupas persoalan ini sehingga ke hujungnya dan berharap anda mengikuti ruangan saya setiap minggu. Ini kerana setiap artikel akan mengetengahkan konsep penting yang bakal anda guna pakai untuk menguruskan badan.

Apakah BMR:
BMR adalah Basal Metabolic Rate. Maksudnya penggunaan tenaga bagi tubuh semasa kita berehat. Tenaga tetap diguna meskipun kita berehat atau tidur kerana pergerakan jantung usus dan lain lain tetap mengguna tenaga. Namun BMR yang rendah membuatkan banyak tenaga dikumpul menjadi lemak.

Mereka yang mempunyai kadar BMR yang rendah perlu menyedari hakikat ini dan mengambil langkah-langkah meningkatkannya. Antara yang boleh dilakukan adalah dengan mengamalkan senaman, mengambil makanan beralkali tinggi dan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dengan pengambilan makanan yang mempunyai nilai glysemic rendah dan rendah kalori.Contoh-contohnya akan diterangkan pada minggu seterusnya.
Sila jawab soalan berikut. 

Jika jawapan anda YA maka anda mengalami masalah BMR yang rendah.




  • Apabila diet berat tidak turun






  • Berat naik mendadak apabila makan lebih






  • Sukar senaman kerana berasa terlalu letih bila bersenam






  • Gemarkan makanan berkarbohidrat dan manis






  • Mudah lapar






  • Makan sedikit tetapi cepat gemuk






  • Tekak inginkan makanan yang manis







  • Lapar pada waktu malam






  • Punca BMR rendah:




  • Tidak cukup senaman. Senaman yang dimaksudkan adalah senaman ringkas merenggangkan tubuh badan. Senaman meningkat metabolisma akan diterangkan dalam isu akan datang.







  • Hypothyroid. Fenomena ini melanda hampir separuh penduduk dunia. Apabila hypothyroid menyerang, seseorang akan mengalami peningkatan berat badan, berasa malas, keletihan, berat badan tidak turun meskipun berdiet, setiap pergerakan menjadi lambat, rambut juga mudah berkelemumur dan fungus mula menyerang.






  • Kekurangan insulin. Insulin merupakan hormon paling penting dalam penukaran gula kepada tenaga. Dalam kes ini lemak yang terhasil cenderung berkumpul pada perut dan belakang badan






  • Kesilapan memilih makanan dengan glycemic indeks tinggi menyebabkan kadar metabolisme menjadi rendah.













  • **Credit to Utusan Malaysia (02/05/2010)



    Nota Kakitangan: Rajin-rajinla bersenam.. Jgn jadi mcm cik gula.. Pemalas tahap gaban.. Hihihi

    Bila Ke'Blur'an Melanda Diri



    Assalamualaikum.. Selamat Hari Sabtu


    Halamak.. Dah byk ari tak update (bajet ada org baca).. Hahaha


    Uihh blur tahap apa tah ni... Takde topik nak cecite... Sejak dua menjak ni badan asyik letih..


    Tau sebab apa?? Sebab makan terlalu banyak.. Sebelum g opis dah breakfast.. Nanti kul 11pg pegi kat pantry wat air lagi.. Cilok sekeping dua biskut kering.. Haha.. 


    Tengahari melantak nasi banyak lagi.. Takde istilah nasi separuh la.. Pastu jangan dilupa teh ais kegemaran.. 


    Masuk opis, sejam pertama ok lagi.. Masuk jam kedua sudah berkelip2 mataku ini.. Apa mau buat.. Tengok jarum jam mcm lambat bergerak.. Oh sakitnya hati.. 


    Kenapa bila kita tak tengok jam, kita rasa masa tu bergerak cepat ek? Tapi bila kita asyik tgk je jam tu, mesti jarum jam tu lambat nak gerak (nak cari gaduh ke hapa)


    5 minit pukul 6, bersiap siaga utk menutup PC.. Sukatila keja banyak lagi pun.. Otak tak leh gerak sejak 3 jam yang lalu.. Jadi apa guna stay lama2.. Sambung esok je la..


    Sebelum sampai umah haruslah men'tapau' apa2 yang patut.. Walaupun sangatla malas mcm nak terus balik tido..


    Sampai umah layan "Begitukah Cinta" sambil memakan makanan dan wajiblah beserta dengan milo o yang diletak gula.. Aik kenapa org tu tetiba jadi buta ek (nampak sangat tgk kadang2 je)


    Setelah kenyang, apa lagi.. Terjah2 blog la.. Nak update entry langsung takde idea.. Sebab otak letih.. Tido sudah..


    Pengajarannya di sini,makan makanan yang tinggi gula membuatkan kita jadi cepat letih.. Sebabnya badan kita berkerja utk menukarkan gula (glukosa) kepada tenaga (betulkan diriku jika diriku salah ngeee)
















    Nota Kakitangan: Takut terkena kencing manis.. Adakah perlu menukar nama blog "Manismacamgula" ke nama lain?

    Wednesday, March 2, 2011

    Perdana Menteri Anta Email Kat Diriku... Apakah??

    Assalamualaikum....


    Cecite cecite.. Tak percaya la tu.. Ntah2 propa je lebih.. Haha.. 


    Alahai.. Diriku pun tak percaya.. Ini bukan forward message.. Tapi message ni cuma sent to my email address.. Di ulang... Only to my email address.. 


    Heh mengarutlah.. Kamu tu sape sampai PM nak anta email.. Bukan artis pun.. Kuli makan gaji je..


    Tapi lihat ni.. Percaya atau tidak, kita bolos saja dinding itu.. (eh apa kena mengena)






    Apakah??










    Haaa.. Nak percaya ke tak.. Eleh takyah percaya la.. Bukan penting pun.. Dan ku tak harap pun Najib tu wish apo2.. Haha.. (because ai tak berape suke dia.. maap ye org Malaysia..jangan bunuh diriku ye)

    Tuesday, March 1, 2011

    SengaLagi..

    Assalamualaikum..


    Terserlah kesengalanku.. Ku die2 ingatkan berukben ni dan kena potong.. Sebab dia lip lap lip lap kaler merah.. Semalaman jugak la tak buka laptop.. 


    Tapi pagi tadi..... My adik pinjam my leptop.. Ku cakap la berukben takleh guna.. Kena bayar dulu.. Ok..


    Ku pun pergi la keja dengan senang hati...


    Balik keja bebel2 lagi berukben kena bayar dulu baru leh guna.. 


    Dan tetiba my adik kata.. "Aik, boleh ja guna berukben tu.. Tadi ku rilek je surf tenet.. Pasaipa kamu kata takleh guna??"


    What??? Omaigosh!!!! 


    Dah la ketagih nak berblogging.. Pastu ditipu live2 oleh berukben... Beruk punya berukben... Ai benci yu...