Followers

Tuesday, May 10, 2011

Takmau merepek lagi.

Boleh tak kalau aku nak buat azam baru di tengah tahun ni untuk tidak merepek di dalam blog lagi.

Oh amatlah digalakkan, kata mereka.

Aku cuba ok. 

Serius. (sambil tahan pipi agar tidak tersenyum)

Aku cuba k.. Aku cuba..

Semoga aku akan berjaya.

Usaha Tangga Kejayaan

Hey ku dah pandai masak. 


Nak tau ku masak apa?


Ku masak dadih. Ku ada resipi dadih yg mau dikongsi. Mesti ada yg sebuk nak tau kan. Haktuihhh!! Jom cekidauk!


Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim.


1. Ambil segugus kunci kereta.


2. Tekan butang hijau atau unlock pintu kereta.


3. Masuk dan duduk di atas seat dengan tenang.


4. Start kereta dan pakai seat-belt. Lihat cermin pandang belakang dan betulkan tudung anda jika ia kelihatan tidak cun.


5. Setelah start kereta, tarik gear ke D atau masuk gear 1 bagi yg manual transmisi.


6. Tekan pedal minyak secukup rasa. Kalau terlalu perlahan, tambahkan kelajuan sehingga tahap yg dibenarkan.


7. Setelah sampai ke tempat atau kedai yang dituju, matikan enjin kereta, buka pintu dan lock pintu kereta anda.


8. Hayunkan kaki dengan semangat yang jitu ke arah kedai tersebut mengikut kelajuan yang anda suka.


9. Sesudah sampai, hayunkan langkah ke arah peti sejuk dengan senyuman yg paling menawan. Menandakan anda sudah hampir tiba ke puncak kejayaan.


10. Buka peti sejuk tersebut dengan menambahkan keceriaan diwajah anda dan capai 2 hingga 3 bekas yg berisi dadih (berlainan perasa)


11. Tutup pintu sejuk tadi rapat2 dan hayunkan langkah menuju ke kaunter bayaran dengan kadar senyuman yang sama atau lebih.


12. Keluarkan sejumlah wang dari saku seluar anda atau dompet anda atau mana2 yg berkaitan dan mulakan pembayaran. Tunggu baki wang jika ada. 


13. Jika tiada baki wang, pusingkan badan dan mulakan hayunan kaki keluar dari kedai tersebut. Harus diingatkan, senyuman tidak boleh hilang dari wajah.


14. Dengan wajah yang tenang, unlock semula kereta anda dan masuk dan duduk dalam keadaan tenang.


15. Start enjin kereta anda dan on- kan air-cond didalam kereta anda sehingga tahap yang bersesuaian.


16. Ambil hasil belian td, iaitu dadih berlainan perasa, dan buka penutup salah satu perasa yg anda suka dan mulakan memakan dan didahului dengan Bismillah. (harus di ingatkan, anda perlu duduk secara bersila atau yg mana anda rasa selesa utk menikmati kelazatan dadih tersebut)


17. Gulp. gulp.


18. Makan dadih tersebut sehingga cebisan yg terakhir. Dan ucapkan Alhamdulillah.


19. Lapkan mulut anda dengan kertas tisu. (Jika tiada kertas tisu, anda boleh menggunakan tudung atau T-shirt anda sendiri utk mengelap mulut)


20. Masuk gear D atau gear 1 dan mulakan perjalanan menuju ke rumah.


21. Sampai di rumah, masukkan lebihan dadih berlainan rasa ke dalam peti sejuk utk upacara seterusnya.


22. Sesudah siap, tukar baju anda, gosok gigi, basuh muka dan tidur.


23. Tidur.


24. Tidur.


25. Ku suruh tido lah. Kamu merepek apa mlm2 buta ni.


Bai.

Sunday, May 8, 2011

Tawa Dalam Tangisan

Orang lihat aku tertawa

Orang lihat aku tersenyum

Orang sangka aku gembira

Padahal aku sedang berduka

Duka aku tak siapa tahu

Kerana tersembunyi di balik tenangku

Orang tak faham derita sengsaraku

Orang cuma tahu menghina dan mengkejiku

Seperti akan tamat dunia ini bila-bila masa

Tak sedar aku menangis tersedu-sedan

Mengenangkan derita yang tak pernah ada hujungnya

Sebenarnya aku gembira

Kerana dapat menipu semua pembaca

Ngeeeeeeee

Jangan marah aaa.

Bai.

Saturday, May 7, 2011

Wooooopppp!!!!

Ku sedang mencari mood untuk start berblogging semula...


Marilah....


Marilah...


Marilah wahai mood...


Daku seru kamu.... (tentiba jadi seram)


Oh no!


Ku sedang mencari mood untuk start berblogging semula... (ok ayat ulangan)


Bai.

Wednesday, April 27, 2011

Haru haruan biru biruan

Lama oh tak update kat sini.

Pendahuluan yang ringkas tapi padat.

Ku sibuk sejak seminggu lepas. (“weh aku tak kesah pun ang bz ke apa, ang bukan glemer pun”, kata mereka)

Eleh jeles la tu. Bizi2 pun tetap masyuk beb. Buat drawing renovation seciput pun dpt RM1000. Kome ade ke?

Aku rindu kamu semua. Tak sempat nak skodeng blog kamu, kamu, kamu dan kamu.

Selkom berukben macam siput sedut. Siput sedut kalau dibuat masak lemak sodap jugak. Tapi kalau selkom berukben dimasak, agak2 jadi apa? Jadi apa? Cepatla jawab!!

Heh! Jadi rosak lah. Tu pun taktau.

Haaa dia mai dah sawan merepek dia.

Baik hampa semua lari.

Ok, ku lari dulu.

Bai.

Thursday, April 21, 2011

Darjah 1 yang Tiga Suku

Dulu masa first day masuk darjah satu, ayah yg anta. Selalu kan mak-mak yg anta anak2 diorg masuk darjah satu kan. Tp aku tak. Tu pun ayah kena cepat sebab nak kena pegi keja.

Masa tu dah daftar masuk kelas. Dapat masuk kelas 1 Merah. Dah duduk2 ape semua, tentiba rasa nak terkucil.

Ayah!!! Nak kencing!!!

Masa tu taktau toilet kat mana. Ayah yg bawak pegi toilet. Tapi dah tak tahan sangat, terus aku pecut tinggal ayah kat blakang.

Dah masuk toilet, nampak tempat yg macam tempat amek wuduk tu. Time tu dah tak nampak jamban dah. Aku terus je lepas hajat kat tempat so called tempat amek wuduk tu. (manusia jahil time ni)

Ayah kat luar dah panggil2 nama aku. Pelik betoi. Tunggu la org nak kencing ni.

Haa.. dah sudah lepas hajat, ku pun keluar la dari toilet tu dan tentiba ayah pun jerit.

Haaa.. awat p masuk toilet laki. Tak nampak ka tu tulis toilet laki tu.

La.. Mana org tau.. Ingtkan toilet pompuan. (dahla jahil, takmau mengaku salah lak tu) 








Haaa skrg boleh bygkan tak tempat yg ku buang hajat tu tempat apa?

Tak boleh??????

Ok. Itu urinal ok. Tempat sang jejaka melepaskan hajat mereka. Tapi bentuknya bukan mcm urinal basin pun. Dia lebih kepada macam tempat amek wuduk. Sebab tu la aku main bedal je.

Ala.. Nama pun baru darjah satu. Huruf A pun tak kenal rupa lagi pun. So apa nak kesah sangat kan makcik esah.

Nota Kakitangan: Kalau dah besar ni jangan la dok buat loqlaq macam tu naaaa.

Bai.

Sunday, April 17, 2011

Aktiviti Yang Tak Menjaga Kesihatan

"Ooooo soley soley (soley ley)
Soley soley (soley ley)
Soley soley..." 

(nyanyi gaya Usop Wilcha) ;p





Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu ye rakan2.


Pendahuluan entri nampak mcm happy kan. Jangan tertipu oh.


Nak tanya kamu, weekend ni apa aktiviti kamu ye? (saje nak menyebuk)


Kamu penah dok terperap tertonggeng dalam umah selama 2 hari berturut2? 


Protes taknak makan dan taknak mandi selama 2 hari berturut2?


Obses mengadap PC atau leptop sehingga meletop selama 2 hari berturut2?


Haaa ada tak?


Adaa??


Kalau takde, baguih le..


Saje je tanya..


Nak highlight yang ku tak tergolong dalam golongan yang di atas sinun.


Ngee..


Selamat berhujung minggu k. Take care.


Bai.

Krisis Identiti.

Assalamualaikum

Sejak kebelakangan ni makin kurang entri yg dapat ku hasilkan. Sebenarnya banyak sangat nak share dgn readers tp mcm mana pulak penerimaan readers nanti kan.

Nak produce entri tentang kehidupan harian teramat-amatlah mudah. Tp berapa kerat sgt nak amek tau hal kehidupan org lain melainkan kehidupan seharian mereka sgt menyeronokkan.

Cerita yang pandai diolah akan menimbulkan minat utk para readers terus menanti entri kehidupan seharian dari bloggers.

Contohnya, blogger yg dah berkeluarga. Mereka akan lebih berminat utk bercerita tentang perihal anak2 dan suami. Mostly sangat interesting when it comes to story pasal anak2. Macam2 jenis perangai anak2 yg boleh kita lihat. Comel2 belaka.

Dari situ, blogger yg bakal mendirikan rumah tangga atau yg tengah menantikan cahaya mata, bolehla amek pengajaran dan tau kaedah2 macam mana nak handle anak2. Mudahkan.

Kadang-kadang, bila kita ‘ada hati’ utk bercerita, org akan berminat utk baca atau dengar cerita kita. 

Macam kat blog ni FidaGhazi. Sangat suka cara dia olah cerita. Sampaikan kita rasa mcm kita pun ada kat dalam dunia dia sbb dia olah cerita dengan terperinci dan kadang-kadang kelakar. 

Selain tu, ku suka blog yg tak terlalu sibuk nak bercerita tentang kekasih hati. Tak salah pun nak cerita. Memang lah amat tak salah. Nama pun blog sendiri kan. Tapi berpada-padalah. Jangan sampai meremang bulu roma org yg baca blog kamu. 

Blog yg ringkas tp puas utk dibaca. Ni amat ku suka. Tak kisahla nak cerita tentang apa pun. Tapi dengan ayat yang ringkas dan buat org faham, tu pun dah cukup buat org terhibur dgn blog kamu. 

Macam kat blog ni KureKureComel. Pd ku lah kan, cara puan mina cerita amat ringkas tp org mudah faham. Tak perlu ulang baca dua tiga kali pun dah tau kisahnya. 

Haa satu lagi yg ku salute kat mina. She's newly married. Tapi dia tak obses sgt nak cerita pasal "oh bahagianya aku selepas kawin", "oh ensemnye husband aku". Yang ada pun pasal pe'el her husband yang sangat cool. Mat Cool, Mat Cool kawan ku. Mari kita ikut Mat Cool. Hahaha



















































Cari ape tu??

Haaa takde dah nak komen2 blog org lain. Td tu pendapat sikit je. Nanti ku fikir pasal entri lain.

Maap kalau terkasar bahasa.

Ngee...

Bai.

Friday, April 15, 2011

Hari ni kita susah. Esok sape tau kan.

Dunia... Kita buat kita lah dapat..


Ok itu saja nak merepek malam ni.


Gilo.


Macam biasa lah trademark.


Tak ada kawan. Tak ada boipren. Tak ada jiran.


Bai.



Wednesday, April 13, 2011

Tak Pandai Amek Gambar Dengan Cermin?

Sape suruh amek gambar dengan cermin? Ku tak suruh pun kan. Kamu tu je yg sebuk nak amek gambar dengan cermin.

Ni first time ku capture gambar kenang-kenangan dengan menggunakan cermin sebagai medium perantara.

Mari kita lihat sama ada ku lulus atau gagal dalam cubaan ini

Pertama:
Ada flash pulak..

Semula.. Semula..

Kedua:
Gaya tak sama dengan geng dan kabur.

Semula.. Semula..

Ketiga:
Hollooohh hollloohhh terkangkang la pulak

Semula.. Semula..

Keempat:
Ala ter'bend' lutut pulak

Semula.. Semula..

Kelima:
Ala.. Sorg pun tak tengok depan

Semula.. Semula

Keenam:
Spoil lagi. Sorg je tgk depan

Semula.. Semula

Ketujuh dan ke-last:
Haaa hambekk semua tengok depan.. Sekali dengan henpon pun mcm nak hentam cermin.



Keputusannya: Semua gambar adalah GAGAL. Cuba lagi tahun hadapan.

Tuesday, April 12, 2011

Putera Kodok

Assalamualaikum


Malam ni ku takmau merepek. Malam ni ku mau nyanyi. Jom nyanyi sama2 jom.


Tapi kamu kene nyanyi ikut speed tau. Macam masuk gear keta. Habis satu rangkap, kamu tukar speed jadi laju sikit. Pastu rangkap seterusnya tukar lagi speed. Sampai la ke seterusnya dan seterusnya.


Tak paham? 


Ok2 mungkin bila kamu dah nampak lirik lagu ni kamu akan paham dan mula menyanyi dengan gembiranya.. 


REMINDER: Lagu ni hanya ada satu rangkap. Hehehe


Mari kita mulakan sampai cecah speed infiniti...


Mari mari mari...


Speed 1:


Kodok ngodok 
Dikidik dikidik
Di pinggir kali 
Dikidok dikidok
Dia jatuh 
Dikidik dikidik
Lalu mati 
Dikidok dikidok


Ok jom naik ke speed kedua dan seterusnya. 
Harus di ingatkan sekali lagi, nyanyi ikut speed yang ditetapkan. Tambah kelajuan selepas habis rangkat lagu itu.


Speed 2:

Kodok ngodok 
Dikidik dikidik
Di pinggir kali 
Dikidok dikidok
Dia jatuh 
Dikidik dikidik
Lalu mati 
Dikidok dikidok



Speed 3:

Kodok ngodok 
Dikidik dikidik
Di pinggir kali 
Dikidok dikidok
Dia jatuh 
Dikidik dikidik
Lalu mati 
Dikidok dikidok



Speed 4:

Kodok ngodok 
Dikidik dikidik
Di pinggir kali 
Dikidok dikidok
Dia jatuh 
Dikidik dikidik
Lalu mati 
Dikidok dikidok



Speed 5:

Kodok ngodok 
Dikidik dikidik
Di pinggir kali 
Dikidok dikidok
Dia jatuh 
Dikidik dikidik
Lalu mati 
Dikidok dikidok



Speed 6:

Kodok ngodok 
Dikidik dikidik
Di pinggir kali 
Dikidok dikidok
Dia jatuh 
Dikidik dikidik
Lalu mati 
Dikidok dikidok



Speed 7:

Kodok ngodok 
Dikidik dikidik
Di pinggir kali 
Dikidok dikidok
Dia jatuh 
Dikidik dikidik
Lalu mati 
Dikidok dikidok



Speed 8:

Kodok ngodok 
Dikidik dikidik
Di pinggir kali 
Dikidok dikidok
Dia jatuh 
Dikidik dikidik
Lalu mati 
Dikidok dikidok



Speed 9:

Kodok ngodok 
Dikidik dikidik
Di pinggir kali 
Dikidok dikidok
Dia jatuh 
Dikidik dikidik
Lalu mati 
Dikidok dikidok



Speed 10:

Kodok ngodok 
Dikidik dikidik
Di pinggir kali 
Dikidok dikidok
Dia jatuh 
Dikidik dikidik
Lalu mati 
Dikidok dikidok












Haaaa... Penat?

Tapi enjoy kan. 

Bai.


Nota Kakitangan: Ku selalu lawan mcm gini ngan boipren. Lawan sampai dia kalah. Padahal ku yg selalu kalah. Uwek..