Followers

Tuesday, May 10, 2011

Usaha Tangga Kejayaan

Hey ku dah pandai masak. 


Nak tau ku masak apa?


Ku masak dadih. Ku ada resipi dadih yg mau dikongsi. Mesti ada yg sebuk nak tau kan. Haktuihhh!! Jom cekidauk!


Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim.


1. Ambil segugus kunci kereta.


2. Tekan butang hijau atau unlock pintu kereta.


3. Masuk dan duduk di atas seat dengan tenang.


4. Start kereta dan pakai seat-belt. Lihat cermin pandang belakang dan betulkan tudung anda jika ia kelihatan tidak cun.


5. Setelah start kereta, tarik gear ke D atau masuk gear 1 bagi yg manual transmisi.


6. Tekan pedal minyak secukup rasa. Kalau terlalu perlahan, tambahkan kelajuan sehingga tahap yg dibenarkan.


7. Setelah sampai ke tempat atau kedai yang dituju, matikan enjin kereta, buka pintu dan lock pintu kereta anda.


8. Hayunkan kaki dengan semangat yang jitu ke arah kedai tersebut mengikut kelajuan yang anda suka.


9. Sesudah sampai, hayunkan langkah ke arah peti sejuk dengan senyuman yg paling menawan. Menandakan anda sudah hampir tiba ke puncak kejayaan.


10. Buka peti sejuk tersebut dengan menambahkan keceriaan diwajah anda dan capai 2 hingga 3 bekas yg berisi dadih (berlainan perasa)


11. Tutup pintu sejuk tadi rapat2 dan hayunkan langkah menuju ke kaunter bayaran dengan kadar senyuman yang sama atau lebih.


12. Keluarkan sejumlah wang dari saku seluar anda atau dompet anda atau mana2 yg berkaitan dan mulakan pembayaran. Tunggu baki wang jika ada. 


13. Jika tiada baki wang, pusingkan badan dan mulakan hayunan kaki keluar dari kedai tersebut. Harus diingatkan, senyuman tidak boleh hilang dari wajah.


14. Dengan wajah yang tenang, unlock semula kereta anda dan masuk dan duduk dalam keadaan tenang.


15. Start enjin kereta anda dan on- kan air-cond didalam kereta anda sehingga tahap yang bersesuaian.


16. Ambil hasil belian td, iaitu dadih berlainan perasa, dan buka penutup salah satu perasa yg anda suka dan mulakan memakan dan didahului dengan Bismillah. (harus di ingatkan, anda perlu duduk secara bersila atau yg mana anda rasa selesa utk menikmati kelazatan dadih tersebut)


17. Gulp. gulp.


18. Makan dadih tersebut sehingga cebisan yg terakhir. Dan ucapkan Alhamdulillah.


19. Lapkan mulut anda dengan kertas tisu. (Jika tiada kertas tisu, anda boleh menggunakan tudung atau T-shirt anda sendiri utk mengelap mulut)


20. Masuk gear D atau gear 1 dan mulakan perjalanan menuju ke rumah.


21. Sampai di rumah, masukkan lebihan dadih berlainan rasa ke dalam peti sejuk utk upacara seterusnya.


22. Sesudah siap, tukar baju anda, gosok gigi, basuh muka dan tidur.


23. Tidur.


24. Tidur.


25. Ku suruh tido lah. Kamu merepek apa mlm2 buta ni.


Bai.

1 comment:

KUREKURE COMEL said...

sengal ye...hahaha...mmg kacang gila resepi tu..kihkihkih....


kalau mina kompem setiap saat nak cuba..hehehe