Followers

Monday, March 28, 2011

Eksiden. Sob Sob Dan Sobri Part II

Assalamualaikum dan selamat Hari Isnin


Wah wah wah.. Dah ari Isnin yu. Dahla tak tepati janji. Pastu ada hati nak beramah mesra denganku.


Oi oi oi. Kamu ingat ku mengate kamu ke? Bebaik sikit. Ku mengata diri sendiri la. Ingt tak semalam semarin ku janji nak cite pasal ku eksiden. (weh kau ingt ade org bace blog kau ek. boleh jalan. ngee)


Kejadian tersebut berlaku ari sabtu weh. Masa tu ku dari Taman Tun. Ada projek masyuk punye. (jeles la tu). Time nak balik, malas nak nek highway sbb dekat sangat (padahal duit dah kering kontang). Jadi lalu la kat MRR2 yang panjang. 


Sesampainya kat simpang nak masuk Ampang, wahlawei awat banyak sangat keta nak masuk Ampang? Masuk la tempat lain. Keramat ke, Gombak ke, Skudai ke (eh mana mai Skudai lak)


Jadi sebab terlalu byk masa, maka ku teruskan perjalanan. Exit kat Pandan Indah je lah dah alang2 tu. Kot2 la lepas Ampang ni dah tak jem.


Oh mai goat!!!! Jem lagi best. Padan muka kau Yana. Keluar mulut harimau masuk mulut boya. Lagi teruk mak yu jem. Amat tak best. Tp redah je lah. Asalkan sampai umah dan boleh tidoq. (hobi tegar)


Time tu ku kat belakang lori. Mcm biasa sambil drive2 haruslah bergayut tepon. Pot pet pot pet itu ini tanpa arah tuju. Pastu dah malas nak cakap, bai sajalah.


Dan dan ku kata bai tu, dan dan tu jugak la ada kenderaan mai cium bontot keta ku. Kebabowwwww!!! Wadeeee!!!!!!!!!!


Ha dah gelabah disitu. Apa aku nak buat? Nak kuar keta? Nak tumbuk org yg langgar keta ku? Nak tepon polis? Nak tepon ayah? Gelabah punya pasal sampai ku turun keta kat tgh2 jalan. Buat malu je la weh. Bengong.


Tentiba aku masuk keta balik dan park kat tepi jalan. Nak buka pintu tapi pintu lak tak terbuka. Haiii nak kena maki ni. Hohohohoi. Rupa-rupanya tak buka kunci. Budus.


Bila kuar keta, perkara pertama yg wajib dilihat ialah keadaan keta. P kat blakang keta dan ku lihat... Ce teka apa yg aku buat???












Hahahahhahaah.... 


Aku menangis weh. Sob sob sob sob. Tak hengat tgh kat tmpt public. Heh peduli ape aku. Sedih oh tgk keta kena langgar. Ku ni dahlah pemandu berhemah.


Yg bestnya, mamat yg langgar keta ku td terus dtg dekat ngan aku n cakap.. "I bayar.. I bayar". Haaaaa kan nampak sangat kau salah. Ku tak ckp apa2 pun. Atau mungkinkah beliau terharu tgk ku menangis? Gilo malu den menangis tepi jalan.


Haaa dalam masa yg sama, turut memberhentikan keta kat tepi jalan ialah ntah sape2 ntah. Nak kata gengster, takde otot2 kat tangan. Oh rupanya org yg towing keta.


Potpetpotpetpotpet. Tepon boipren, nangis2 secukup rasa. "Kamu, keta kite eksiden". Tepon ayah, buat suara rileks mcm takde apa2. "Ayah, keta org eksiden". (keji nye kau haha)


Haaa.. Org yg langgar ketaku tu tetiba hulur RM500. Tp ku tolak. Pot pet pot pet pot pet lagi (bincang ngan org towing keta)


At last, settle kat balai. Ku budus oh. Taktau cemana nak wat repot. Seb baik org yg towing keta tu tolong settlekan semua. 


Org yg langgar ketaku tu? Oh lupa lak kan. Masa on the way nak p balai, dia calling ai. Dia nak settle kat luar la tu gamaknye. Nak byr semua kos repairing.


"No no no. Gua tak kenal lu. So apa2 pun kita settle balai dulu.Mana tau lu kencing gua ke ape ke." (keji tak bunyi? Mcm gengster tak) Hahaha. Tolong jangan percaya tone suara tu k. Ku cakap baik gile oh. Mcm ni. "takpe2. kite g wat report dulu k. kite same2 wat repot nanti kite tgk la mcm mana. ai pun bukan reti sangat oh." 


Choiii gile baik punye ckp. Sungguh weh tak tipu. Ku ckp ngn cina tu elok je. Padahal dia dah menodai ketaku. Oh mai goat!!


Pot pet pot pet pot pet kat balai. Settle semua, p anta keta kat bengkel. Sedih utk kali ke seratus patblas tgk keta jadi cenggitu. 


Haa.. Jangan risau ye kwn2. Ku takperlu keluar satu sen pun. Semua kos di cover atas insuran org yg langgar ketaku. Padan muka dia. Tu la len kali bwk keta jgn berangan.


Balik umah, dah terus tak leh pegi mana2. Sedih lagi. Pastu perkara yg lebih afdal dilakukan di kala cuti ini ialah tidoqqqq.


Baik mari kita tidoqq.


Weh weh. Tunggu. Ada sikit pengajaran ni.


Lenkali kalau driving and tentiba kamu kena brake, pastikan kamu tgk cermin pandang blakang. Takut nanti kamu brake, tp keta blakang kamu tak perasan.


Lenkali kalau driving, jangan tidoq atau berangan. Kalau berangan boleh di maapkan lagi. Tapi kalau tidoq tu maap la ye. Haha


Lenkali kalau driving kat jalan jem, pastikan jarak keta kamu dengan keta depan adalah lebih kurang 5 meter. Bukan pe, takut nanti dok tak dok kamu tertekan pedal minyak ke. Tak ke haru. Mcm apa yg terjadi pada diriku la.


Lastly, lenkali kalau driving, dont get drunk. Hihihihihihihihi


Ingatlah org yg tersayang. 


I lap yu.


Bai.

4 comments:

Neijie said...

huhuhu..serius saya gelak bila baca entri akak yang nih..huhu. tersenyum sorang2 sy kat depan laptop nih. huhu. Mesti sakit kan kete tu sebab bontot dia kena langgar. huhu. harap2 da settle la kan. Hati2 di jalan raya ya.

Lyana said...

inani...sedih gile..sedih sebab nak p keje takde transport..patah kaki disitu..huaaa

Anonymous said...

lg satu jgn dok gayut time driving..hahhahahahahahaah

Always.Be.A.Mommy said...

Tak dak nama: gayut takpa...ai guna handfree..miahahaha