Followers

Sunday, March 13, 2011

Kita Serupa

Assalamualaikum.. Selamat hari Ahad..


Oh oh dan oh.. 


Sudah hampir nak bersawang blog ku ini.. Dah agak lama tak jenguk.. Kalau bukak kedai runcit, boleh bengkrap gamaknye..


~Monolog dalam diri~


Diri ini: Haa mana mau cari blog org pemalas? 


Diri itu: Kat sini lah. Mana lagi..


Diri ini: Hey sape cakap ku pemalas?


Diri itu: Eh, ku tak cakap pun kamu pemalas. Ku cakap blog org pemalas. Haha. Haa kamu makan cili giling ek. 


Diri ini: Oh ku ingatkan kamu cakap tentangku.


Diri itu: Memang ku cakap tentang kamu pun! Sebab kamu malas nak update entry.


Diri ini: Hmm, ku bukan apa, ku taktau nak merepek apa.


Diri itu: Perlu ke kamu merepek?


Diri ini: Perlu la. Sebab ku rasa happy bila ku merepek.


Diri itu: Oh patut lah blog kamu tak dapat sambutan.


Diri ini: Eh kenapa pulak. Ku bukan nak jadi pemes. Ku cuma mahu berkongsi cerita.


Diri itu: Ape la kamu ni. Buat blog kan utk jadi kaya. Macam org yg dah otai2.


Diri ini: Oh perlu ke macam gitu. Ku tak mau la. Lambat kaya. Kena update entry tetiap ari. Traffic kena selalu jem.


Diri itu: Kamu ni takde daya saing langsung.


Diri ini: Takpelah. Jangan tamak. Ku masih baru. Niat buat entry bukan utk kaya.


Diri itu: Habis kamu tempek iklan tu utk apa?


Diri ini: Itu pun tak boleh ke?  Kamu ingt ku tau ke apa itu nuffnang bagai?


Diri itu: Kamu buat tanpa tujuan?


Diri ini: Ya lah. Tak boleh ek. Kalau tak boleh, ku buang lah nanti.


Diri itu: Ku tak suruh kamu buang. Terpulang la pada kamu. Ini kan blog kamu. Org lain takde hak nak campur urusan kamu.


Diri ini: Aik kamu ni. Tadi kamu memarahi ku. Sekarang kamu menyebelahiku. Sapa kamu ni sebenarnya?


Diri itu: Ku adalah kamu.


Diri ini: Erk, yakah ? Oh kita serupa nampaknya.




Ttteeettttt~~









Jangan marah aaaa...