Followers

Thursday, August 2, 2012

Baju Raya? Ade ke takde ek? Jap nak check

Aku mmg bangsa yang tak suka pakai baju kurung. Bukan apa.. Susah nak bergerak la.. Kalau pakai seluar, senang sket nak jalan laju2.. Bukannya kes ayu ke tak ayu.. Tapi sebab aku rasa kalau pakai baju kurung, akan menyekat langkahan yang amat panjang.. Lalu, senang sangat kena tinggal kat blakang kalau berjalan dengan kwn2 aku.. (Ni apa kes keluar topik lak ni)

Aku boleh kira dengan jari berapa sangat baju kurung yang aku ada.. Kalau 5 tahun lepas, time aku kat matrik, banyak giler baju kurung.. Maklum la masa tu tiap2 hari kena pakai baju kurung pegi class.. 2 minggu sekali baru aku rotate baju.. Haaa kauu banyak tak banyak.. (padahal org lain sebulan sekali baru nk rotate baju yang sama..aku ni sembang je lebih...habuk pun tadak..hahaha)

Pastu dah masuk main campus, lagi la takde baju kurung.. Sebab dah rasa baju time matrik masih elok, so silalah pakai utk 3 tahun ke depan.. Masa tu  pun aku pakai baju kurung tetiap hari.. Sebab apa? sebab aku gemuk... Kalau pakai baju kurung, leh sembunyikan lemak2 yang tak patut dilihat kan.. Selamat la sikit... Hahaha...

Ye lah kan.. Kalau pakai seluar dgn blaus, nanti nampak segak lemak2 berlebihan.. Malulah gegirl.. (padahal diri sendiri yang tak pandai dress up, ada hati nak salahkan baju..puiiiii)

Sekarang ni baju aku makin berkurang.. Sebabnya, semua baju yang lepas2, aku dah tak boleh pakai.. Nampak nau macam baju pinjam.. Yela skrg ni dah kurus sikit kan...*pitammmmmm*

Kiranya total baju yang aku ada sekarang adalah 4 pasang.. Tambah dengan baju raya yang sedang dijahit adalah sebanyak 6 pasang.. Itu sahaja utk raya tahun ni.. 

Wah banyak duit kau nak beli baju patbelas pasang.. Bukannya pakai pun.. Hihihi

Wednesday, August 1, 2012

Puasa dan demam

Korang rasa best ke kalau demam time berpuasa... Of cos la tak suke kan.. tp nk buat macam mana kan...

Sakit tekak kemain lagi... hoih suka sangat menyerang.. mula2 adik aku yang kena.. aku gelakkan dia la... haha... baru puasa berape ari dah sakit tekak...tak rock sungguh... pastu nenek aku lak yang kena.. aku rilek lagi.. alih2 aku pulak yang kena... 

Korang semua kena jaga kesihatan tambah2 bulan puasa ni... aku nasihatkan kurangkan beli air yang jual kat bazar ramadan sbb kita tak tau sama ada dia letak air batu yang di masak or sekadar letak air batu yang guna air paip je.. sebab tu la cepat sakit tekak.. Tapi bila dah haus, semua air pun nak telan kan... hahaha... dasar!!!

Tuesday, July 24, 2012

Lagi sebulan... Takut gegirl...

Hui dah tak lama la tu. Lagi sebulan je lagi. So far preparation dah 75% complete. Tinggal nak final fitting aje. Tp..kasut belum beli. Souvenir belum packing. Tudung belum beli. Spa belum pegi. So kat mananya 75% tu. Rasa macam baru 55.5% je lah kot. Hahahahahaha.....

Buat masa sekarang ni memandangkan dah jadi surirumah sepenuh masa, apakata kita berehat2 dulu. Tenang2kan fikiran di bulan puasa ni. Jangan serabut2 kepala otak. Nanti apa pun tak boleh......

Ok. Aku nak kira kambing biri2 dulu. Sbb dah banyak ari tak boleh tido malam. Lepas subuh baru terhegeh2 nak mengantuk. Jangan bawak tabiat ni sampai ke hari majlis dah la. Hahaha. So kena rotate balik waktu tido yang betul. Bye.

Monday, July 23, 2012

Dah 3 hari berpuasa...


Internet adalah dalam keadaan sangat macam kura2 pada waktu ni… Pada masa yang sama membuatkan aku tensi… Aku tengah ada mood nak menaip sekarang… so takpelah.. kenalah bertabah sket.. ala sikit je pun... lambat pun lambat la... 

Hidup aku sejak dah resign dan menjadi penganggur bertauliah ni adalah sangat tak best.. tunggang langgang.. sampai aku terlupa hari dan tarikh... haaa amek kau... sampai boleh terlupa... kan kita baru start puasa kelmarin iaitu pada hari sabtu-21/7/2012.. tp aku ni ingt kita puasa hari isnin.. aku pun pelik gak... kenapa adik2 and kakak aku tak g skolah and tak g keja.. takkan pasal sambut ramadhan, sampai kena amik cuti.. ohhh hebatnye.. and aku ni bangsa malas nak tgk kalendar.. kalendar depan mata pun malas nk selak.. apatah lagi nk buka application kalendar dalam phone... dasar PEMALAS...

Sebab tahap pelupa aku ni aku rasa dah makin kronik, so aku pun tulis la blog.. dengan harapan hidup aku kembali teratur... *oihhh teratur la sangat* 

Harini dah 3 hari puasa.. rasa badan dah ringan sket.. tapi berat badan belum turun..hahahaha... hoih tak baik la... ni kan bulan yg mulia... utk pertingkatkan ibadat.. bukan utk kurangkan berat badan... ok la aku faham... tp dalam pada kita beribadat, kita dapat jaga kesihatan kan.. betul tak... correct me if i'm wrong...

 Seronok sangat dapat berpuasa for whole month dengan family... dah 7 tahun aku merantau... start dari study sampai aku keja... time bulan puasa cuma balik 2-3 hari je.. pastu dah turun kl balik... tp this year aku harapkan ramadhan yang paling best.. sebab next ramadhan, aku mungkin dah jadi isteri org (insyaAllah)... preparation pun in progress... *mode excited*

Smile lah dulu... nanti aku bising2 lagi kat sini.. jangan lupe niat puasa utk esok ye... bangun sahur tau.... hehehe


Saturday, July 21, 2012

Kenduri 'Bakal' Kakak Ipar...

Al-kisahnya begini... Kejadian ni adalah pada tahun lepas iaitu pada bulan Disember.. Gigih jugak nak story kat blog... Apa buleh buat.. Sukati i olls la.. Bakal kakak ipar n suaminya ni org istimewa tp diorang punya semangat sangat tinggi.. Terasa macam bukan orang istimewa.. Aku salute la.. Hidup diorg sangat berdikari.. Kalau kat luar, korang mesti susah nk jumpa golongan macam ni bersiar2 kan.. Contohnya kat shopping complex or mana2 la.. Tapi bakal kakak ipar aku ni memang kuat 'berjalan'... Pantang diajak.. Mesti dia on aje.. Hahahaha.. Sory kak... *sambil angkat kaki dan cabuuuuutttt*

Entry ni mungkin banyak gambar... so enjoy aje la gambar yang tak seberapa ni ek.. *bajet retis la sangat*


Pelamin yang hanya berlampu di waktu malam... Esok harinya dah tak berlampu.. Tehehe..


 Kanan: Bakal adik ipar... Kiri: Bakal sepupu... Haaa kau.... Aptb...


 Yang belakang tengah berdiri n duduk kiri pun bakal adik ipaq... Eh apahal mata aku macam pelik...


Ok.. Tutup mata pun boleh....



Yang senget2 kepala tu bakal biras.. tehehe


Ni ialah 'Pau Milah'


Haaa ni lah Kak Linda... 


Ni pule bakal mak mentua... Haaaa aptb...


Time ni sesi sarung cincin tunang... Kiranya diorang bertunang n menikah hari yang sama...


Jeling-jeling lak dah...


Nak signnnnn....


Ni lah abg sharil.. As been told before.. diorg golongan istimewa yang sgt sweet...


Aku terima nikahnya.....


Nak rantai juge..... =)


enjoy gambar je lah ek... Tak larat taip panjang2... *padahal pemalas*





Ok stop... Aku lupa nak inform... pada hari yang sama, si cantik manis ni bertunang.. Ni bakal adik ipar aku gak... Namanya Fizah....






Aku suka sangat hantaran yang Fizah bagi utk pihak lelaki... ala yang kaler biru tu... Cute2 je...


Si budak penyibuk adalah yang paling kanan.. Takde kena mengena pun dgn family ni tp dia yang paling penyibuk... Aku pun tak paham....

Overall sangat enjoy dengan wedding ceremony ni... Sbb semuanya bekerjasama.... Semua family bersatu utk cari kata sepakat.. 

~~SMILE~~



Friday, July 20, 2012

Dah macam loser rasanya..

Wahhh serius aku dah terlupa macam mana nak buat entry baru.. Lembab macam kura2 dibuatnya... Tetiba rasa macam loser.. Heh.. #amekkau


Aku ingat nak tukar header la.. Dah lama sangat.. Nak edit benda lain lagi la lembab macam siput sedut..

I'm Back... La Sangat!

Hohohohohohoho... Sungguh tak boleh dimaafkan pabila sudah setahun lebih aku tak update blog.. Aku asyik baca blog orang je sampai blog sendiri terabai.. La sangat... Aku dah start rindu nak menaip kat sini bila aku tengok ramai sgt blog2 baru yang muncul.. Ewahh..

Banyak benda pahit manis aku lalui sepanjang setahun lebih ni.. Ada yang best, ada yang sedih, ada yang sakit hati, ada yang mau bunuh diri.. Hahaha tapi alhamdulillah semuanya dapat dah berlalu.. Hidup perlu diteruskan.. Ish aku taknak poyo sangatla..

Ni ha antara kenangan manis yang aku dh lalui sepanjang tempoh setahun ni.. Chewahh.. #sukaatiakulablogaku


Kejadian ni 6 bulan yang lalu.. nanti ada lagi kejadian yang akan coming soon.. Aku ni kan low profile.. La sangat.. Aptb la..

Tuesday, May 10, 2011

Takmau merepek lagi.

Boleh tak kalau aku nak buat azam baru di tengah tahun ni untuk tidak merepek di dalam blog lagi.

Oh amatlah digalakkan, kata mereka.

Aku cuba ok. 

Serius. (sambil tahan pipi agar tidak tersenyum)

Aku cuba k.. Aku cuba..

Semoga aku akan berjaya.

Usaha Tangga Kejayaan

Hey ku dah pandai masak. 


Nak tau ku masak apa?


Ku masak dadih. Ku ada resipi dadih yg mau dikongsi. Mesti ada yg sebuk nak tau kan. Haktuihhh!! Jom cekidauk!


Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim.


1. Ambil segugus kunci kereta.


2. Tekan butang hijau atau unlock pintu kereta.


3. Masuk dan duduk di atas seat dengan tenang.


4. Start kereta dan pakai seat-belt. Lihat cermin pandang belakang dan betulkan tudung anda jika ia kelihatan tidak cun.


5. Setelah start kereta, tarik gear ke D atau masuk gear 1 bagi yg manual transmisi.


6. Tekan pedal minyak secukup rasa. Kalau terlalu perlahan, tambahkan kelajuan sehingga tahap yg dibenarkan.


7. Setelah sampai ke tempat atau kedai yang dituju, matikan enjin kereta, buka pintu dan lock pintu kereta anda.


8. Hayunkan kaki dengan semangat yang jitu ke arah kedai tersebut mengikut kelajuan yang anda suka.


9. Sesudah sampai, hayunkan langkah ke arah peti sejuk dengan senyuman yg paling menawan. Menandakan anda sudah hampir tiba ke puncak kejayaan.


10. Buka peti sejuk tersebut dengan menambahkan keceriaan diwajah anda dan capai 2 hingga 3 bekas yg berisi dadih (berlainan perasa)


11. Tutup pintu sejuk tadi rapat2 dan hayunkan langkah menuju ke kaunter bayaran dengan kadar senyuman yang sama atau lebih.


12. Keluarkan sejumlah wang dari saku seluar anda atau dompet anda atau mana2 yg berkaitan dan mulakan pembayaran. Tunggu baki wang jika ada. 


13. Jika tiada baki wang, pusingkan badan dan mulakan hayunan kaki keluar dari kedai tersebut. Harus diingatkan, senyuman tidak boleh hilang dari wajah.


14. Dengan wajah yang tenang, unlock semula kereta anda dan masuk dan duduk dalam keadaan tenang.


15. Start enjin kereta anda dan on- kan air-cond didalam kereta anda sehingga tahap yang bersesuaian.


16. Ambil hasil belian td, iaitu dadih berlainan perasa, dan buka penutup salah satu perasa yg anda suka dan mulakan memakan dan didahului dengan Bismillah. (harus di ingatkan, anda perlu duduk secara bersila atau yg mana anda rasa selesa utk menikmati kelazatan dadih tersebut)


17. Gulp. gulp.


18. Makan dadih tersebut sehingga cebisan yg terakhir. Dan ucapkan Alhamdulillah.


19. Lapkan mulut anda dengan kertas tisu. (Jika tiada kertas tisu, anda boleh menggunakan tudung atau T-shirt anda sendiri utk mengelap mulut)


20. Masuk gear D atau gear 1 dan mulakan perjalanan menuju ke rumah.


21. Sampai di rumah, masukkan lebihan dadih berlainan rasa ke dalam peti sejuk utk upacara seterusnya.


22. Sesudah siap, tukar baju anda, gosok gigi, basuh muka dan tidur.


23. Tidur.


24. Tidur.


25. Ku suruh tido lah. Kamu merepek apa mlm2 buta ni.


Bai.

Sunday, May 8, 2011

Tawa Dalam Tangisan

Orang lihat aku tertawa

Orang lihat aku tersenyum

Orang sangka aku gembira

Padahal aku sedang berduka

Duka aku tak siapa tahu

Kerana tersembunyi di balik tenangku

Orang tak faham derita sengsaraku

Orang cuma tahu menghina dan mengkejiku

Seperti akan tamat dunia ini bila-bila masa

Tak sedar aku menangis tersedu-sedan

Mengenangkan derita yang tak pernah ada hujungnya

Sebenarnya aku gembira

Kerana dapat menipu semua pembaca

Ngeeeeeeee

Jangan marah aaa.

Bai.

Saturday, May 7, 2011

Wooooopppp!!!!

Ku sedang mencari mood untuk start berblogging semula...


Marilah....


Marilah...


Marilah wahai mood...


Daku seru kamu.... (tentiba jadi seram)


Oh no!


Ku sedang mencari mood untuk start berblogging semula... (ok ayat ulangan)


Bai.

Wednesday, April 27, 2011

Haru haruan biru biruan

Lama oh tak update kat sini.

Pendahuluan yang ringkas tapi padat.

Ku sibuk sejak seminggu lepas. (“weh aku tak kesah pun ang bz ke apa, ang bukan glemer pun”, kata mereka)

Eleh jeles la tu. Bizi2 pun tetap masyuk beb. Buat drawing renovation seciput pun dpt RM1000. Kome ade ke?

Aku rindu kamu semua. Tak sempat nak skodeng blog kamu, kamu, kamu dan kamu.

Selkom berukben macam siput sedut. Siput sedut kalau dibuat masak lemak sodap jugak. Tapi kalau selkom berukben dimasak, agak2 jadi apa? Jadi apa? Cepatla jawab!!

Heh! Jadi rosak lah. Tu pun taktau.

Haaa dia mai dah sawan merepek dia.

Baik hampa semua lari.

Ok, ku lari dulu.

Bai.

Thursday, April 21, 2011

Darjah 1 yang Tiga Suku

Dulu masa first day masuk darjah satu, ayah yg anta. Selalu kan mak-mak yg anta anak2 diorg masuk darjah satu kan. Tp aku tak. Tu pun ayah kena cepat sebab nak kena pegi keja.

Masa tu dah daftar masuk kelas. Dapat masuk kelas 1 Merah. Dah duduk2 ape semua, tentiba rasa nak terkucil.

Ayah!!! Nak kencing!!!

Masa tu taktau toilet kat mana. Ayah yg bawak pegi toilet. Tapi dah tak tahan sangat, terus aku pecut tinggal ayah kat blakang.

Dah masuk toilet, nampak tempat yg macam tempat amek wuduk tu. Time tu dah tak nampak jamban dah. Aku terus je lepas hajat kat tempat so called tempat amek wuduk tu. (manusia jahil time ni)

Ayah kat luar dah panggil2 nama aku. Pelik betoi. Tunggu la org nak kencing ni.

Haa.. dah sudah lepas hajat, ku pun keluar la dari toilet tu dan tentiba ayah pun jerit.

Haaa.. awat p masuk toilet laki. Tak nampak ka tu tulis toilet laki tu.

La.. Mana org tau.. Ingtkan toilet pompuan. (dahla jahil, takmau mengaku salah lak tu) 








Haaa skrg boleh bygkan tak tempat yg ku buang hajat tu tempat apa?

Tak boleh??????

Ok. Itu urinal ok. Tempat sang jejaka melepaskan hajat mereka. Tapi bentuknya bukan mcm urinal basin pun. Dia lebih kepada macam tempat amek wuduk. Sebab tu la aku main bedal je.

Ala.. Nama pun baru darjah satu. Huruf A pun tak kenal rupa lagi pun. So apa nak kesah sangat kan makcik esah.

Nota Kakitangan: Kalau dah besar ni jangan la dok buat loqlaq macam tu naaaa.

Bai.

Sunday, April 17, 2011

Aktiviti Yang Tak Menjaga Kesihatan

"Ooooo soley soley (soley ley)
Soley soley (soley ley)
Soley soley..." 

(nyanyi gaya Usop Wilcha) ;p





Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu ye rakan2.


Pendahuluan entri nampak mcm happy kan. Jangan tertipu oh.


Nak tanya kamu, weekend ni apa aktiviti kamu ye? (saje nak menyebuk)


Kamu penah dok terperap tertonggeng dalam umah selama 2 hari berturut2? 


Protes taknak makan dan taknak mandi selama 2 hari berturut2?


Obses mengadap PC atau leptop sehingga meletop selama 2 hari berturut2?


Haaa ada tak?


Adaa??


Kalau takde, baguih le..


Saje je tanya..


Nak highlight yang ku tak tergolong dalam golongan yang di atas sinun.


Ngee..


Selamat berhujung minggu k. Take care.


Bai.

Krisis Identiti.

Assalamualaikum

Sejak kebelakangan ni makin kurang entri yg dapat ku hasilkan. Sebenarnya banyak sangat nak share dgn readers tp mcm mana pulak penerimaan readers nanti kan.

Nak produce entri tentang kehidupan harian teramat-amatlah mudah. Tp berapa kerat sgt nak amek tau hal kehidupan org lain melainkan kehidupan seharian mereka sgt menyeronokkan.

Cerita yang pandai diolah akan menimbulkan minat utk para readers terus menanti entri kehidupan seharian dari bloggers.

Contohnya, blogger yg dah berkeluarga. Mereka akan lebih berminat utk bercerita tentang perihal anak2 dan suami. Mostly sangat interesting when it comes to story pasal anak2. Macam2 jenis perangai anak2 yg boleh kita lihat. Comel2 belaka.

Dari situ, blogger yg bakal mendirikan rumah tangga atau yg tengah menantikan cahaya mata, bolehla amek pengajaran dan tau kaedah2 macam mana nak handle anak2. Mudahkan.

Kadang-kadang, bila kita ‘ada hati’ utk bercerita, org akan berminat utk baca atau dengar cerita kita. 

Macam kat blog ni FidaGhazi. Sangat suka cara dia olah cerita. Sampaikan kita rasa mcm kita pun ada kat dalam dunia dia sbb dia olah cerita dengan terperinci dan kadang-kadang kelakar. 

Selain tu, ku suka blog yg tak terlalu sibuk nak bercerita tentang kekasih hati. Tak salah pun nak cerita. Memang lah amat tak salah. Nama pun blog sendiri kan. Tapi berpada-padalah. Jangan sampai meremang bulu roma org yg baca blog kamu. 

Blog yg ringkas tp puas utk dibaca. Ni amat ku suka. Tak kisahla nak cerita tentang apa pun. Tapi dengan ayat yang ringkas dan buat org faham, tu pun dah cukup buat org terhibur dgn blog kamu. 

Macam kat blog ni KureKureComel. Pd ku lah kan, cara puan mina cerita amat ringkas tp org mudah faham. Tak perlu ulang baca dua tiga kali pun dah tau kisahnya. 

Haa satu lagi yg ku salute kat mina. She's newly married. Tapi dia tak obses sgt nak cerita pasal "oh bahagianya aku selepas kawin", "oh ensemnye husband aku". Yang ada pun pasal pe'el her husband yang sangat cool. Mat Cool, Mat Cool kawan ku. Mari kita ikut Mat Cool. Hahaha



















































Cari ape tu??

Haaa takde dah nak komen2 blog org lain. Td tu pendapat sikit je. Nanti ku fikir pasal entri lain.

Maap kalau terkasar bahasa.

Ngee...

Bai.

Friday, April 15, 2011

Hari ni kita susah. Esok sape tau kan.

Dunia... Kita buat kita lah dapat..


Ok itu saja nak merepek malam ni.


Gilo.


Macam biasa lah trademark.


Tak ada kawan. Tak ada boipren. Tak ada jiran.


Bai.



Wednesday, April 13, 2011

Tak Pandai Amek Gambar Dengan Cermin?

Sape suruh amek gambar dengan cermin? Ku tak suruh pun kan. Kamu tu je yg sebuk nak amek gambar dengan cermin.

Ni first time ku capture gambar kenang-kenangan dengan menggunakan cermin sebagai medium perantara.

Mari kita lihat sama ada ku lulus atau gagal dalam cubaan ini

Pertama:
Ada flash pulak..

Semula.. Semula..

Kedua:
Gaya tak sama dengan geng dan kabur.

Semula.. Semula..

Ketiga:
Hollooohh hollloohhh terkangkang la pulak

Semula.. Semula..

Keempat:
Ala ter'bend' lutut pulak

Semula.. Semula..

Kelima:
Ala.. Sorg pun tak tengok depan

Semula.. Semula

Keenam:
Spoil lagi. Sorg je tgk depan

Semula.. Semula

Ketujuh dan ke-last:
Haaa hambekk semua tengok depan.. Sekali dengan henpon pun mcm nak hentam cermin.



Keputusannya: Semua gambar adalah GAGAL. Cuba lagi tahun hadapan.

Tuesday, April 12, 2011

Putera Kodok

Assalamualaikum


Malam ni ku takmau merepek. Malam ni ku mau nyanyi. Jom nyanyi sama2 jom.


Tapi kamu kene nyanyi ikut speed tau. Macam masuk gear keta. Habis satu rangkap, kamu tukar speed jadi laju sikit. Pastu rangkap seterusnya tukar lagi speed. Sampai la ke seterusnya dan seterusnya.


Tak paham? 


Ok2 mungkin bila kamu dah nampak lirik lagu ni kamu akan paham dan mula menyanyi dengan gembiranya.. 


REMINDER: Lagu ni hanya ada satu rangkap. Hehehe


Mari kita mulakan sampai cecah speed infiniti...


Mari mari mari...


Speed 1:


Kodok ngodok 
Dikidik dikidik
Di pinggir kali 
Dikidok dikidok
Dia jatuh 
Dikidik dikidik
Lalu mati 
Dikidok dikidok


Ok jom naik ke speed kedua dan seterusnya. 
Harus di ingatkan sekali lagi, nyanyi ikut speed yang ditetapkan. Tambah kelajuan selepas habis rangkat lagu itu.


Speed 2:

Kodok ngodok 
Dikidik dikidik
Di pinggir kali 
Dikidok dikidok
Dia jatuh 
Dikidik dikidik
Lalu mati 
Dikidok dikidok



Speed 3:

Kodok ngodok 
Dikidik dikidik
Di pinggir kali 
Dikidok dikidok
Dia jatuh 
Dikidik dikidik
Lalu mati 
Dikidok dikidok



Speed 4:

Kodok ngodok 
Dikidik dikidik
Di pinggir kali 
Dikidok dikidok
Dia jatuh 
Dikidik dikidik
Lalu mati 
Dikidok dikidok



Speed 5:

Kodok ngodok 
Dikidik dikidik
Di pinggir kali 
Dikidok dikidok
Dia jatuh 
Dikidik dikidik
Lalu mati 
Dikidok dikidok



Speed 6:

Kodok ngodok 
Dikidik dikidik
Di pinggir kali 
Dikidok dikidok
Dia jatuh 
Dikidik dikidik
Lalu mati 
Dikidok dikidok



Speed 7:

Kodok ngodok 
Dikidik dikidik
Di pinggir kali 
Dikidok dikidok
Dia jatuh 
Dikidik dikidik
Lalu mati 
Dikidok dikidok



Speed 8:

Kodok ngodok 
Dikidik dikidik
Di pinggir kali 
Dikidok dikidok
Dia jatuh 
Dikidik dikidik
Lalu mati 
Dikidok dikidok



Speed 9:

Kodok ngodok 
Dikidik dikidik
Di pinggir kali 
Dikidok dikidok
Dia jatuh 
Dikidik dikidik
Lalu mati 
Dikidok dikidok



Speed 10:

Kodok ngodok 
Dikidik dikidik
Di pinggir kali 
Dikidok dikidok
Dia jatuh 
Dikidik dikidik
Lalu mati 
Dikidok dikidok












Haaaa... Penat?

Tapi enjoy kan. 

Bai.


Nota Kakitangan: Ku selalu lawan mcm gini ngan boipren. Lawan sampai dia kalah. Padahal ku yg selalu kalah. Uwek..